|
Soalan -soalan yang selalu di tanya.
1.Apakah yang terkandung di dalam pek Set Bersalin Nona
Roguy?
Pek Set Bersalin Nona Roguy mengandungi 6 produk
rawatan dalaman dan luaran iaitu :
Tablet Phyto Natal =90 biji
Akar Herbanika = 10 pek uncang
Minyak Herbanika =100 ml
Uncang Cuci
= 10 pek uncang
Krim barut
= 60 gm
Herbanika Lulur =100 gm
2. Bolehkan Set Bersalin Nona Roguy di ambil bersama
produk jenama yang lain?
Tidak boleh. Ini kerana pengambilan herba Nona
Roguy bersama herba jenama yang lain boleh menimbulkan percanggahan dosej
atau pengambilan kuantiti herba yang diperlukan.Ini boleh menimbulkan
ketidakselesaan dan di khuatiri memudaratkan tubuh badan pengguna.
3. Perlukah saya menghentikan ubat yang di bekalkan
oleh pihak hospital ketika mengambil set bersalin nona roguy ini?
Anda harus meneruskan pengambilan ubat yang di bekalkan
oleh pihak hospital seperti biasa. Herba Nona Roguy adalah sebagai suplimen
kepada rawatan tubuh anda sepanjang tempoh berpantang. Bagaimanapun di
cadangkan anda mengambil herba nona roguy selepas tempoh 2 jam pengambilan
ubat doktor.
4. Bolehkan saya mengambil set bersalin Nona Roguy
ketika menyusukan bayi?
Selepas bersalin tubuh anda perlu di rawat agar kembali
sihat dan sembuh dari luka luaran dan dalaman. Bagaimanapun sekiranya pada
bila-bila masa bayi anda mengalami ketidakselesaan atau cirit,anda di
kehendaki menngurangkan dosej pengambilan herba atau menghentikan buat
sementara waktu pengambilannya. Anda boleh merujuk kepada kami jika ada
sebarang ketidakselesaan atau boleh terus menghubungi Konsultant Nona Roguy
untuk sebarang nasihat dan panduan.
5. Adakah pek bersalin ini cukup penggunaannya semasa
tempoh berpantang?
Pek ini cukup untuk tempoh sebulan. Seperti yang di
beritahu, dosej herba terutama sekali tablet phyto natal boleh di kurangkan
bergantung kepada penerimaan tubuh badan pengguna. Jika bayi anda mengalami
ketidakselesaan anda boleh mengurangkan dosej ini.
6.Mengapa Set Bersalin Nona Roguy ini agak mahal di
bandingkan dengan set bersalin jenama yang lain?
Produk herba Nona Roguy hanya menggunakan bahan mentah
yang benar-benar berkualiti dan di saring dengan proses pengilangan yang
ketat. Anda mungkin terpaksa membayar kos yang agak mahal pada permulaan
tetapi ia adalah lebih murah dalam jangkamasa panjang dan lebih menjimatkan
kerana herba Nona Roguy menjalankan fungsi membantu tubuh dalam proses
penyembuhan secara lebih cepat.
7.Apa perbezaan antara minyak herbanika dan minyak
mustajab?
Minyak Herbanika
Minyak herbanika merupakan minyak sapuan bersifat
perubatan rapi juga berkhasiat pelembab, emolien, antiseptik depuratif dan
karminatif. Lebih banyak digunakan dalam rawatan penyembuhan masalah
penyakit jenis yang berat.
Digunakan dengan berkesan dari bahagian kepala
sehinggalah ke hujung kaki bagi membantu memperbaiki aliran / sirkulasi
darah, mempercepatkan penyembuhan hasil pembedahan seperti pembedahan
kelahiran / ceasarian dan luka episiotomi dengan sapuan secukupnya di
bahagian sekitar perut, belakang, kawasan pelvis dan alat sulit selepas
kelahiran.
Merupakan minyak sapuan anti stres bagi ibu-ibu selepas
bersalin. Ia juga membantu melegakan masalah vena varikos (pengembangan dan
penimbulan urat saraf), kekejangan otot, mengurang dan meredakan masalah
pembengkakan tulang penyambung yang berat dan mengurangkan tanda perengangan
kulit.
Pengunaan arian semasa menjalani rawatan pantang bersalin akan membantu
mengejabkan dan memperbaiki kembali tona otot tubuh yang menggeleber dan
payudara yang kendur. Untuk perehatan yang sepenuhnya bagi meredakan
kekejangan otot tubuh dan menghilangkan stres / tekanan, sapu dan urutlah ke
seluruhan tubuh bermula dari hujung rambut sehingga kehujung kaki dengan
Minyak Herbanika dan Minyak Zaitun yang dipanas suamkan.
Minyak mustajab.
Minyak Berubat Mustajab merupakan
minyak sapuan harian serbaguna untuk kegunaan seisi keluarga. Mengandungi
estrak Minyak kelapa Hijau, Kayu Putih ,Serai dan Sireh. Minyak sapuan ini
terkenal dengan khasiat pelembap, antiseptik, depuratif dan astrigen.
Berkesan sebagai sapuan penjagaan kesihatan harian dari hujung rambut
sehinggalah ke hujung kaki yang boleh digunakan bagi mereka yang sihat atau
berpenyakit.
Antara khasiat pengunaannya membantu memelihara kesihatan sulit wanita
selepas bersama,semasa dan selepas haid dan juga semasa kehamilan, melegakan
masalah pengembungan dan sakit perut, batuk berterusan, sinusitis sederhana,
sakit kepala, sakit telinga, sakit gigi dan gusi, rasa kebas, pembengkakan
ringan tulang penyambung, sakit otot, kekejangan perut, kabur penglihatan,
terseliuh, melecur, luka dan lebam, mengurangkan masalah kelemumur,
penguguran rambut dan memperbaiki keadaan yang lebih sihat untuk pertumbuhan
rambut.
Penuangan Minyak Berubat Mustajab ke atas tuala wanita sepanjang kedatangan
darah haid akan membantu menyegar dan memperlancarkan aliran darah haid.
Pengunaannya juga dapat membantu melegakan iritasi bahagian sulit kesan
lelehan sulit semasa hamil.
8.Apakah fungsi akar herbanika?
Akar Herbanika merupakan minuman herba
kesihatan harian bercirikan Anti Oksidan yakni Anti Keracunan darah untuk
amalan seisi keluarga. Disediakan secara istimewa hasil rumusan pemilihan
akar herba dan rempah ratus terpilih. Ia adalah minuman herba pelengkap
kepada program proses pembersihan dalaman tubuh. Menjalankan proses
penyucian secara lembut terhadap usus.
Pengambilannya setiap hari dapat membantu menambahkan tenaga tubuh dengan
cara membersih darah, menambah kecantikkan kulit, memperbaiki fungsi
pelbagai organ dalaman seperti buah pinggang, pundi kencing, hati, sistem
pernafasan dan sistem organ reproduktif / pembiakan kaum wanita dan lelaki.
Anda boleh meneruskan pengambilan herbanika walaupun
anda telah pun habis tempoh berpantang.
9.Jika saya memilih untuk membeli barangan keperluan
bersalin secara berasingan, apa barangan yang patut saya ambil?
Memiliki set bersalin Nona Roguy sebenarnya adalah
lebih jimat dari membeli secara berasingan. Bagaimanapun untuk ibu yang
memilih untuk membeli beberapa keperluan sahaja kami mencadangkan
sekurang-kurangnya barangan berikut :
i ) Tablet Phyto Natal
ii ) Minyak Herbanika
iii) Akar Herbanika
Barangan di atas di cadangkan agar ibu/bakal ibu
mendapat sekurang-kurangnya rawatan yang amat di perlukan walaupun
bukan di dalam set yang lebih lengkap.
Utama |
Order |
Order Berasingan |
Blog
|
PetuaBahagia.Com
|
BengkungBersalin
|
Mengenai Kami|
Hubungi Kami ||Direktori Urut Bersalin|
FAQ |
Link|
|