Maaf, Stok Habis

Tempahan di tutup sementara

" Tahukah anda bahawa ruam lampin berpunca daripada penggunaan lampin pakai buang ?

Dan tahukah juga anda bahawa lampin pakai buang mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi anda? "

 

Ibu- ibu yang di hormati,

Lampin pakai buang atau orang panggil 'pampers' adalah satu kemestian bagi semua ibu yang mempunyai anak kecil. Bukan saja ia memudahkan kita menguruskan anak dengan lebih cepat malah murah pula di pasaran!

Bagaimanapun di sebalik keistimewaan lampin pakai buang ini, tersembunyi banyak keburukan yang tidak di sedari oleh ramai ibu-ibu. Atau mungkin di sebabkan anda tak punya pilihan lain maka lampin pakai buang menjadi pilihan ibu-ibu yang sibuk.

Kenapa saya berkata begitu? Jika anda perhatikan, masalah yang sering menimpa kanak-kanak yang masih belum pandai menguruskan diri ialah ruam dan kesan melecet di sekitar kawasan punggung dan kelengkang.

Banyak kes, apabila ruam ini bertambah teruk, kulit bertukar menjadi merah dan sangat pedih apabila terkena air sewaktu di siram.

" Bayangkan apa perasaan anda bila bayi anda  menangis kesakitan sewaktu anda perlu membersih dan menukar lampin mereka"

Mungkin anda tak sedar bahawa penyumbang utama kepada masalah ruam lampin ini adalah berpunca dari penggunaan lampin pakai buang yang anda guna setiap hari.

Nak tau kenapa ? Biar saya terangkan satu -persatu supaya anda boleh lihat sendiri .

Antara kelemahan lampin pakai buang ini ialah :

  • Ia mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi . Dioxin iaitu sejenis bahan kimia terhasil sewaktu proses pelunturan pulpa ( bahan utama lampin pakai buang ) boleh menyebabkan  bayi menanggung risiko kanser!

     

  • Menambah masalah kerengsaan kulit kerana kulit bayi yang sensitif bersentuh  dengan air kencing mengakibatkan ia bertindak balas dengan bahan kimia yang terkandung di dalamnya menyebabkan kulit melecet dan bertukar kemerahan.

 

  • Punca kepada penyakit asma atau lelah kerana ia merosakkan sistem penyejukkan badan yang boleh menggangu kesuburan pada masa akan datang selain menggangu sistem hormon dan imunisasi badan kerana ia mengandungi bahan bertoksik.

 

  • Mencemar udara dan kebersihan alam  sekitar . Oleh kerana ia di perbuat dari bahan sintetik, ia tidak mudah di lupuskan sekaligus menambah masalah pada alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita.

 

Ya, lampin pakai buang memang membahayakan kesihatan bayi anda ! Mahukah anda melihat buah hati kesayangan anda terpaksa menempuh kesukaran demi kesukaran  akibat dari kecuaian anda sendiri?

 

 

"sekarang anak saya dah tak kena jangkitan kulat"

sebenarnya time nak pakaikan pampers n baju untuk anak saya selama ni adalah time yg paling memenatkan. sebab dia tak suka pakai pampers (pampers biasa ) tu la. so, saya kena lah kejar dia satu rumah n marah2 (kdg2 rasa nak pukul pun ada tapi tak sampai hati.. huhu). bila saya tunjuk cloth diaper tu kat dia, dia excited sangat sebab cd tu colourful dan menarik. tak payah dah saya kejar dia. dia yang offer suruh saya pakaikan kat dia. tak de la saya penat macam dulu lagi. satu lagi mungkin dia rasa cd tu ala2 underware kot. so, dia macam bangga plak bila pakai tu.

anak saya ni tak suka kotor. sebab dari kecik kitorang terpaksa bebaskan diri dia dari habuk2 sebab kulit dia sangat sensitif dan dia pandai dah sebut perkataan 'alegik' sejak umur setahun lebih. selalunya dia akan request atau pun complain bila dia rasa tak selesa atau pun bila dia buang air tak kira kecik atau besar. (kalau baju dia kotor sikit pun, dia mintak tukar baju lain). tapi, bila pakai cd ni, dia nampak selesa dan boleh main dengan gembira macam tak de apa pun yang mengganggu dia. saya rasa lapisan cd tu buat anak selesa n dia tak de la garu2 bontot macam dulu lagi. mungkin sebab pampers biasa tu banyak bahan kimia yang macam2, so bila bertindakbalas dengan urin tu, mungkin dia lebih gatal berbanding urin je. agaknye la kot. malam2 pun tak de garu bontot n tido pun lebih lena. kalau tak biasanya penat la saya n hubby jaga anak yang selalu meragam malam2 sebab gatal2.

sekarang anak saya dah tak kena jangkitan kulat kat anu dia. dulu selalu g jumpa doktor and setiap kali jumpa doktor mesti kata pampers tak sesuai walaupun time tu anak saya pakai huggies ultra atau mamy poko je. huhuhuhu

saya puas hati la kak dengan cd ni. saya ingat next baby saya nak pakaikan ni jugak.

k. wsalam

Zuraida Ahmad Shahime
Chemor, Perak
018-9505790

 

Risau? Takut kesihatan bayi anda terjejas? Anda mahu saya bantu?

Kini anda tak perlu bimbang dan risau lagi. Kebimbangan anda akan saya ubati kerana saya telah membawa anda kepada jalan penyelesaiannya.                                    

 

Memperkenalkan lampin kain moden ................

 

Cloth Diaper

Apa dia Cloth Diaper?

 

Cloth diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit . Ia sesuai untuk di gunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan boleh di cuci . Bahagian luar cloth diaper di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor  .

Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda memasukkan pelapik khas ( insert )  yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga  4  jam penggunaan.

Setiap helai cloth diaper di bekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari micro fiber yang tinggi daya serapan dan mudah  di bersihkan. Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.

Kesimpulannya lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam  kesihatan bayi anda.

 

Apa keistimewaannya?

 

Bayi akan  rasa lebih selesa .

 Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan  dengan lampin pakai buang yang di perbuat  dari bahan sintetik yang   mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.

Tidak membahayakan kesihatan bayi.

Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia  dan boleh  mengancam kesihatan dan nyawa bayi.

Cepat kering bila di cuci

Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.

 

Mudah di pakai dan di ubah suai

Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan ?

 

 

 Anda masih sangsi dengan kelebihan lampin kain ini? Ooops...nanti dulu kerana saya belum habis lagi!

 

Bukan itu saja, malah saya dapati......

 

Ia amat menjimatkan wang anda !

Oleh kerana lampin ini boleh di cuci dan di pakai semula, anda sekarang boleh menyimpan wang yang lebih.

Bayangkan sehelai lampin secara purata berharga 0.50 ¢  sehelai dan setiap hari anda menggunakan sekurang-kurangnya 8 helai lampin pakai buang. Ini bermakna anda membelanjakan RM 4 sehari = RM 120 sebulan = RM 1440 setahun.

Jika anda melaburkan wang anda dengan cloth diaper sebanyak RM 45 sehelai  bermakna anda hanya membelanjakan RM 360 setahun dan boleh di gunakan semula sehingga 3 tahun!

Mana lebih jimat ? Dah tentu lampin kain bukan?

 

Rekaan yang sungguh unik dan moden !

Tak seperti lampin kain terdahulu, cloth diaper ini tak perlu di lipat seperti lampin kain biasa sebelum di pakai . Ini kerana ia di lengkapkan dengan poket khas untuk di masukkan pelapik atau insert yang menyerap air kencing yang kuat daya serap. Hanya masukkan pelapik kedalam poket khas dan bayi anda sedia untuk menggunakannya.

 

Warna -warna yang memikat !

Cloth diaper ini tersedia dalam warna yang terang dan nampak  cantik bila di pandang. Bayi anda kelihatan sungguh ' cute' dan  tak perlu memakai seluar lain lagi kerana ia sudah kelihatan bergaya dengan cloth diaper rekabentuk moden ini. Warna yang terang juga menyebabkan ia tak mudah cepat kotor dan nampak kusam bila di cuci selalu.

 

Tak mudah bocor !

Oleh kerana bahagian luar cloth diaper ini di perbuat dari sejenis bahan kalis air  yang di panggil polyutherane (PUL) , ia tak mudah bocor dan membasahkan seluar bayi atau tilam katil anda.

 

Dan banyak lagi............

 

 

 

Bagaimana cara nak pakai lampin moden ni ?

 Mudah saja. Lihat gambar dan langkah di bawah kerana lampin moden ini boleh di ubahsuai kepada saiz S,  M dan L. Hanya dengan sehelai lampin moden!

 

Langkah 1

Ini merupakan cover luar cloth diaper/ lampin moden yang di perbuat dari kain jenis PUL.

 

 

Langkah 2

Ini pula bahagian dalam yang di perbuat buat dari lapisan kain polyester yang cepat menyerap air.

 

 

Langkah 3

Letakkan insert ke dalam poket yang telah tersedia di jahit .

 

 

 

Langkah 4

Jika anda ingin menggunakan nappy liner, letakkan nappy liner ini di bahagian atas lampin moden ini..

 

 

Langkah 5

Lampin moden mempunyai banyak butang supaya ia boleh di sesuaikan dengan saiz bayi anda. Butang sebaris bahagian atas untuk saiz pinggang bayi anda.3 baris butang di bawah untuk menjadikan ia saiz S, M dan L.

 

 

Langkah 6

  *Untuk saiz S , camtukan butang di bahagian paling bawah dengan butang di barisan pertama.

 

 * Untuk saiz M, cantumkan butang di bahagian bawah dengan butang di  barisan ke dua.

 

 

 * Untuk saiz L, tak perlu cantumkan butang jika ia sudah fit dengan bayi anda.

 

 

Malas untuk bertukar ?

 

Saya akui bukan mudah untuk bertukar dari lampin pakai buang kepada lampin kain kerana anda sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini. Jika anda tidak ada keinginan untuk ubah sikap anda , maka lupakan saja kerana saya tidak dapat membantu anda.

Biarkan bayi atau buah hati anda terus menerus berhadapan dengan masalah kesihatan dan  kesukaran pada masa akan datang sedangkan kesihatan bayi lain yang telah bertukar kepada lampin kain  lebih terjamin ! Adakah itu yang anda inginkan?

 

Ikuti pengalaman saya sendiri semasa menguji ketahanan cloth diaper ini pada anak saya.

 

Pengalaman memakaikan anak dengan cloth diaper di waktu malam.

 

Anak saya yang nombor 4 telah pun berusia hampir 4 tahun dan sekali-sekala akan kencing malam. Oleh kerana ingin menguji keberkesanan cloth diaper ini, saya mencuba sendiri memakaikan lampin kain moden ini pada anak saya.

Kencing bayi yang lebih besar adalah lebih banyak dan saya mencuba 2 jenis cloth diaper untuk memilih mana yang paling bagus ! Sehelai cloth diaper jenama X agak tidak ekonomi kerana ia tak dapat menampung air kencing yang banyak dan hanya berfungsi dengan lebih berkesan dengan penggunaan 2 helai insert.

Bagaimanpun saya amat berpuas hati dengan cloth diaper yang sehelai lagi kerana dengan sehelai insert sahaja anak saya tetap rasa kering walaupun insert di bahagian dalam telah pun lembap dan basah!

 

 

Saya pasti anda akan jatuh cinta setelah anda memiliki cloth diaper reka bentuk moden ini. Saya bukan bercakap kosong kerana cloth diaper ini telah saya uji sendiri untuk memastikan kualitinya setanding dengan harga. Anda perlukan jaminan puas hati dari saya?

Bagi memberi keyakinan kepada anda, saya berikan jaminan tanpa risiko selama 30 hari untuk anda mencubanya.

Jaminan Tanpa Risiko 30 hari

Saya berjanji akan memulangkan semula wang anda tanpa banyak soal dan anda simpan saja cloth diaper ini sebagai hadiah dari saya jika anda tak berpuas hati!

Sekarang terletak di tangan anda untuk memilih mendapatkan cloth diaper ini atau tidak. Adakah anda rasa anda rugi untuk tidak memilikinya?

 

Anda tak perlukannya sekarang?

Jika anda rasa anda tak perlukan cloth diaper ini sekarang , bila lagi? Jika anda rasa lebih selesa memakaikan lampin pakai buang pada bayi anda sekarang, namun mahukan kesihatan dan keselesaan bayi anda terjamin, bertindak sekarang!

 

" Masalah ruam lampin anak saya dah pun selesai

 

Masalah ruam lampin anak saya dah pun selesai apabila saya  pakaikan cloth diapers yang bagi saya test tu. Doktor pun galakkan saya guna cloth diaper tu untuk elakkan masalah ruam lampin. Sekarang ni saya dah tak risau lagi pasala masalah ruam lampin anak saya. Terima kasih sebab dapat selesaikan masalah saya ni. Boleh lah saya promot pada kawan-kawan dan saudara mara saya.

Puan Hazreina Hashim
Tanjung Malim, Perak
Tel : 017 5983431

 

 

 

 

" cd ni senang nak  guna, menjimatkan kos "

maaf sebab lambt reply. saya masih guna lagi cd ni. stakat ni ruam tu pun dah kurang sbb saya bergilir2 dgn pampers. kain dia pun lembut, jd baby tak lah rasa pedih sangat akibat ruam tu berbanding dgn pampers. bila malam saya letak 2 insert, tak de kobocoran lagi stakat ni..cd ni senang nak  guna, menjimatkan kos sebab boleh guna selalu walaupun harga sehelai tu dapat 1 peket 80 helai pampers..hehe..so far saya puas hati la..nati ada bajet lebih sy akan order..

Siti Norzaima Che Omar
Terengganu
016 9356484

 

 

Bersedia untuk memilikinya?

Saya telah pun menerangkan kelebihan cloth diaper ini dan saya juga dah beri anda jaminan pulangan wang kepada anda. Dengan itu saya yakin saat ini anda telah pun dapat menilai yang mana paling baik untuk bayi anda. Yakinlah dengan wang yang anda bakal laburkan ini adalah pembelian yang amat berbaloi!

 

Terhad  sehingga 31 December 2010

RM 45  40 sahaja

( Untuk pembelian 3 helai ke atas sahaja )

 

 Anda rasa terlalu mahal ?Perlu saya tekankan di sini bahawa saya bukan menjual lampin kain tetapi saya sebenarnya menyediakan teknik menjaga kesihatan bayi yang lebih baik.

 Anda boleh terus menerus menggunakan lampin pakai buang jika anda mahu kerana saya tak mahu menghalang anda tapi setelah saya menerangkan keistimewaan menngunakan lampin kain ini dan risiko yang bakal anda hadapi jika terus menggunakan lampin pakai buang , adakah anda rasa RM 45.00 sangat mahal ?

Jika anda fikir harga yang saya letakkan adalah terlalu tinggi, cuba bayangkan akan nilai pulangannya yang tiada nilainya.

Rebut peluang ini dari saya sekarang kerana sebagai sebagai pembukaan, saya memberikan anda harga yang amat ekonomi. Tapi tawaran ini saya hanya buka kepada 24 unit sahaja.

Amat rugi jika anda lepaskan saja tawaran yang datang hanya sekali ini. Sebaik sahaja kesemua 24 unit habis  di tempah, saya akan menaikkan harga cloth diaper ini pada harga asal.

 

Apa yang anda dapat dengan promosi kali ini?

 

 

Dengan setiap pembelian 3 helai lampin moden ini  anda akan mendapat .....

 

1 helai liner moden  percuma bernilai RM 10

 

*( Gambar menunjukkan 5 helai untuk hiasan sahaja )

<< Anda perlukan insert dan nappy liner moden tambahan? Klik di sini >>

 

 

Jangan bertangguh lagi buat tempahan anda dengan segera.

 

Cara Pembayaran

1.Bank In

Selepas anda  membuat bayaran , sila isi borang di bawah  atau anda boleh menghubungi saya untuk butir-butir pembelian di talian 012 2340497.

  • Maybank Berhad

  • Nombor Akaun :   164490061927

  • Rahimah Majid

 

  • CIMB Bank

  • Nombor A kaun: 1430 0066 434 525    

  • Rahimah Majid  

 

 2.Wang Pos

Sila kirimkan Wang Pos anda mengikut jumlah yang betul bersama-sama dengan butir-butir berikut:

Nama, alamat, nombor talipon,barang yang di pesan , kuantiti dan Jumlah bayaran.Untuk lebih selamat , sila gunakan POS EXPRESS semasa mengirimkan Wang Pos anda.

 

 3.Belian Melalui Maybank2u.

 

Sila isikan borang di bawah selepas anda membuat pembayaran.

Maybank:      164490061927

Rahimah Majid.

Email : sales@mysetbersalin.com

Klik untuk masuk ke maybank2u

 

 4 .Belian Melalui CIMB Bank     

Sila isikan borang di bawah selepas anda membuat pembayaran.

CIMB akaun : 14300066434525

Rahimah Majid.

Email : sales@mysetbersalin.com

Klik untuk masuk ke CIMB Click

 

Isikan borang di bawah untuk butir-butir pesanan dan pembayaran anda.

BORANG PEMBELIAN

    Rahimah, Saya dah tak sabar untuk memiliki
cloth diaper ini untuk bayi saya.Sila hantar tempahan saya dengan kadar segera.

 

  Nama: *
  Email: *
     
  Alamat:

 

 

*
  No Talipon:
 
*
 
 

Harga:
 


 
 

Butir-butir pembayaran


 

 



cth : bank, tarikh, masa, Nombor rujukan , Warna pilihan
 

 
   * Perlu di isi

 

Syarat-syarat penghantaran.

1.Penghantaran akan di lakukan dalam tempoh 2 hari bekerja selepas bayaran anda di buat. Sila beri tempoh  antara 2-4 hari bekerja selepas pesanan di buat untuk penerimaan dari pihak Poslaju.

2.Kos penghantaran pesanan ke Semenanjung ialah  RM 5   setiap pesanan . Sila pastikan anda menambah RM 5 semasa pembayaran di lakukan.

3.Kos penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah RM 8  sahaja untuk setiap pesanan . Sila pastikan anda menambah RM 8 semasa pembayaran di lakukan.

 

Utama  | Order | Order Berasingan Blog | PetuaBahagia.Com BengkungBersalin |

Mengenai Kami| Hubungi Kami ||Direktori Urut Bersalin| FAQ | Link|

 

Copyright © 2008 MySetBersalin.com